Kisah Gadis Ini Nekad Melakukan Pembedahan Kerana Sering Diejek Seperti Ikan Jaws..


Kadang kala kata lebih menyakitkan hati berbanding pukulan umpama hati tertusuk pisauGadisini sering dihina dengan panggilan 'Jaws' atau 'Yu' kerana bentuk rahangnya dianggap aneh oleh oranglain. Hinaan kerana bentuk fizikalnya yang berbeza membuat hatinya terluka selama bertahun-tahun.Pembedahan plastik jadi pilihan untuk menghilangkan ejekan tersebut.





Teman-teman sering mengejek dan tertawa melihat daguku

Nama gadis ini adalah Leanne Woodfullusianya 20 tahuntinggal di Dublin. Dipetik dariDailymail.co.uk, Leanne mengaku bahawa sejak kecil sering diejek dengan panggilan jahat mengenaibentuk rahangnya yang menonjolBentuk rahang itu disebabkan pemakaian kawat gigi ketika usianya11 tahunEjekan demi ejekan diterima Leanne sehingga beliau remajarakan-rakannya seringmengatakan mulutnya mirip yu.

"Rahang besar menghancurkan hidup saya, dan kini saya rasa sangat senang dan sudah boleh tersenyum dengan percaya diri," ujar Leanne. "Ketika menatap cermin, saya berasa senang dan lega kerana gadis 'yu' yang ku kenal akhirnya hilang," katanya.

Kata keluargaku, aku cantik, tetapi ejekan orang lain menghancurkanku

Leanne melakukan operasi perbaikan bentuk rahang bukan kerana untuk kelihatan cantik tetapi bertahun-tahun menerima ejekan dan ditertawakan rakannya sendiri adalah pekara yang sangat menyakitkan, membuatkannya rasa hilang kepercayaan diri. Leanne sehinggakan berfikir bahawa wajahnya sangat cacat dan tidak boleh diperbaiki. Dia bahkan tidak mahu memaparkan fotonya di dinding rumah. Kadang kala Leanne menutupi dagunya dengan selendang kerana malu untuk berhadapan dengan orang lain.

Keluarga Leanne sering mengatakan bahawa dirinya cantikwalau apapun bentuk fizikalnya dansindiran orang lain. Namun ejekan dari rakan-rakannya sangat menyakitkanapa lagi didengari hampirsetiap hariRasa tertekan itu akhirnya membuat Leanne berani melakukan pembedahan agarrahangnya kelihatan normal.

"Pada mulanya saya bimbang, kerana setelah melakukan pembedahan, muka saya kelihatan (bengkak dan lebam), tetapi aku bersedia melakukannya demi mendapatkan wajah normal," ujar Leanne. "Apabila pembalut dibuka untuk pertama kalinya, saya sangat emosional melihat wajah saya," katanya dengan wajah bahagia.










Selepas pulih, Leanne menjadi gadis yang mempunyai kepercayaan diri yang tinggiDia mudahbergambar dan memakai pakaian bergaya. Leanne lebih selesa dengan keadaan ini kerana tidak adalagi yang mengejek atau menertawainya.

"Rakan saya mengatakan, saya kelihatan cantik. Saya benar-benar merasa cantik untuk pertama kalinya dalam hidup saya," ujar Leanne.
Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home

0 comments:

Post a Comment