KUALA KRAI - Sekumpulan penduduk kampung yang sedang membersihkan kebun getah di Slow Temiang, di sini dikejutkan dengan penemuan ular sawa seberat 50 kilogram, tengah hari kelmarin.
Ular sepanjang kira-kira empat meter ini dikatakan sedang bersembunyi di dalam batang kayu.
Kumpulan penduduk ini bernasib baik kerana sempat menyedari kehadiran ular yang sedang bersembunyi itu.
Ketika kejadian, Mohd Musmizi Ibrahim, 37, dan beberapa rakannya mengambil upah menebas kebun getah berkenaan sejak empat hari lalu, untuk kerja-kerja penanaman semula tidak lama lagi.
Menurutnya, ketika sedang menebas semak samun, mereka ternampak seekor ular di dalam batang kayu.
“Kami segera menghubungi Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) kerana masing-masing tidak mempunyai kepakaran dan kelengkapan untuk menangkap ular tersebut.
Baca yg ini pun menarik: 5 Foto terkini Ku Hariz, teman lelaki baru Jihan Raja Lawak
0 comments:
Post a Comment