Rupanya ini punca sebenar Ira Mohd Amin buka tudung - Penyampai radio Era, Ira Mohd Amin akui insiden dia tidak bertudung ketika keluar bersama selebriti Nana Mahzan semalam menerusi sebuah foto yang dimuat naik ke Instagram oleh rakannya itu adalah satu kesilapan besar yang pernah dilakukannya.
Ira berkata dia mengalami tekanan yang hebat semalam selepas ramai peminat yang mengecam akan tindakannya itu di dalam laman sosial tersebut.
“Saya amat kesal dan saya rasa ia memang tak patut berlaku dalam hidup dan saya tak mahu salahkan atau libatkan sesiapa dalam hal ini. Memang silap saya dan saya minta maaf.
“Malah saya tak sangka rama yang perihatian dan mengecam saya semalam, terus-terang saya amat tertekan hingga tidak berhenti menangis. Namun saya terima semua teguran itu.
“Saya tidak sangka perkara ini boleh jadi besar begini tetapi saya belajar dari kesilapan supaya selepas ini berfikir dua kali sebelum hendak melakukan sesuatu,” katanya kepada murai.com.my ketika dihubungi.
Ira diminta mengulas selepas foto dia kelihatan tidak bertudung itu telah mendapat tentangan serta kurang senang oleh peminat serta pengikutnya di Instagram semalam.
Bercakap mengenai status imejnya sekarang, Ira memberitahu dia masih dalam proses pembelajaran dan masih mahu kekal dengan bertudung.
“Saya akui memang sekarang ini saya masih dalam proses menyesuaikan diri untuk bertudung dan menjadi muslimah yang baik. Cuma dalam perjalannan itu saya akui telah melakukan kesilapan.
“Namun saya memang akan terus bertudung dan masih bertudung kini,” luahnya.
Ira yang mengendalikan segmen Hit Live Era di Era FM itu mula berhijab pada awal Ramadan lalu - PORTAL MURAI.

0 comments:
Post a Comment