Peminat Pukul Sara Ali Kerana Pengaruh Watak Dalam MJATS
Bukan perkara baru sebenarnya kisah peminat yang terbawa bawa pengaruh watak dalam drama tempatan ke dunia realiti. Lebih lebih lagi jika ianya melibatkan drama bersiri yang menjadi perhatian ramai seperti Maaf Jika Aku Tak Sempurna (MJATS) baru baru ini.
Bercakap kepada Harian Metro baru baru ini, Sara Ali yang memegang watak utama dalam MJATS mengakui ramai peminat mula memanggil beliau sebagai Melina sempena nama watak yang dijayakan dalam drama itu — dan ada juga yang nakal.
“Sejak Maaf Jika Aku Tak Sempurna bersiaran, ramai panggil saya Melina. Pernah seorang wanita pukul saya kerana tidak suka watak Melina. Kemudian dia ajak bergambar. Itu antara maklum balas yang menunjukkan mereka dapat menerima saya. Pengikut di laman sosial juga bertambah”
Penerimaan positif sebegitu menurut Sara Ali membuatkan dirinya lebih bersemangat untuk terus berlakon namun jauh dalam hatinya menyimpan perasaan untuk bergelar menyanyi.
“Sekarang, kalau ada jemputan menyanyi, saya akan terima. Sekadar mahu lihat kemampuan diri. Dalam Instagram pun saya dapat lihat ada dua kelompok pengikut. Ada yang ikut saya dari zaman indie dan ada juga kelompok peminat di arus perdana”
“Saya tidak mahu peminat lama dan baru bergaduh. Harap mereka dapat bersatu untuk sokong kerjaya saya,” tambah Sara Ali lagi.
Sumber
0 comments:
Post a Comment