Perbuatan troll yang berleluasa di medan siber hari ini kalau tak pandai memang boleh mencetuskan gaduh dan masuk kategori tak sensitif.
Sebaliknya kalau dibuat oleh orang pandai berlawak maka ia mampu mengubah sesuatu isu panas menjadi lawak malah orang yang asalnya nak marah pun boleh tak jadi.
Contoh terbaik adalah pengguna Facebook menggunakan akaun Abdul Budin ini.
Komennya pada satu status yang dimuat naik oleh Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin untuk menegur penjual produk yang suka tumpang berniaga di laman FB beliau telah meraih ratusan LIKE.
Baca sajalah komen Abdul Budin di bawah dan kami yakin anda akan terkekeh-kekeh ketawa.
Hm, orang macam inilah yang kadang-kadang mampu memberi keceriaan selepas membaca benda-benda serius kat internet ni kan?
Sumber thevocket.com
0 comments:
Post a Comment