Melihat kepada wajah jelitawan ini selepas 50 tahun pastinya membuatkan anda tergamam dan sukar untuk mempercayainya .
Ini kerana wajahnya masih lagi sama seperti dahulu malah kulitnya kelihatan muda dan anjal pada usianya kini yang sudah menjangkau usia 67 tahun.
Apasra Hongsakula telah menjadi perhatian umum selepas dia memenangi ‘title’ Miss Universe pada tahun 1965, buat kali pertama dari Thailand.
Kini, gambarnya telah menjadi viral di dalam media sosial kerana ramai yang tidak menyangka pada usianya kini dia masih kelihatan masih muda dan tidak jauh berbeza semenjak dia di anugerahkan juara pertandingan ratu cantik yang pernah dimenangi 50 tahun yang lalu.
Namun begitu , rahsia kecantikannya terbongkar apabila ada maklumat yang menyatakan bahawa bagi mengekalkan kemudaan wajah dia telah melakukan pelbagai rawatan anti-penuaan yang berjumlah hampir 2.5 juta Baht bersamaan ringgit Malaysia RM 253,289 .
Walau bagaimanapun, pengurus kepada Apasra telah menafikan khabar angin tersebut dan memberitahu bahawa wajahnya adalah asli dan hanya rambutnya sahaja yang diluruskan dan mungkin itu adalah penyebab ratu cantik itu kelihatan muda sehingga kini .
-MYNEWSHUB
0 comments:
Post a Comment