( Gambar Hiasan ) |
Dalam beberapa kes, ‘ninja bogel’ itu pernah mengetuk pintu rumah yang disewa pelajar-pelajar wanita terbabit pada lewat malam. ‘Ninja bogel’ itu dikatakan hanya berhenti mengetuk pintu sehingga penghuninya membuka pintu rumah.
Semasa kemunculan ‘ninja bogel’ yang digambarkan tanpa seurat benang kecuali bahagian muka dan kepala ditutup dengan baju-T berwarna hitam, ‘ninja bogel’ itu hanya berdiri kaku dan melihat gelagat mangsa-mangsanya yang menjerit ketakutan dan lari lintang-pukang.
‘Ninja bogel’ itu hanya meninggalkan lokasi selepas mangsanya lari akibat ketakutan.
Kejadian itu dikatakan sudah berlarutan sejak tahun 2014 sebelum dalam tempoh dua minggu lalu ‘ninja bogel’ itu semakin kerap menunjukkan diri kepada pelajar institusi pengajian tinggi itu (IPT).
Penuntut IPT terbabit mendakwa gangguan itu disyaki dilakukan oleh seorang lelaki yang tinggal di kawasan berkenaan. Ini kerana ketika kemunculannya, ‘ninja bogel’ itu seolah-olah mengetahui masa pengawal keselamatan atau ahli persatuan penduduk membuat rondaan. Kosmo
0 comments:
Post a Comment