Punca Sebenar Jepp Sepahtu Tidak Beraksi Di MLM2014 Kerana...

Ramai yang tertanya-tanya punca sebenar Jepp tidak muncul beraksi di pentas MLM2014 minggu lalu. Ramai tahu yang Jepp sakit namun tidak diketahui sakit apakah yang menghaang Jepp tampil bersama Shuib. Akhirnya misteri itu terjawab apabila Jepp mengesahkan dirikan terkena demam denggi. Akibatnya, Jepp mengambi cuti selama 10 hari dan pulang berehat di kampung halamannya.
Walaupun beraksi seorang diri minggu lalu, persembahan yang ditunjukkan oleh Shuib amat memberangsangkan. Namun di harap minggu ini Jep sudah boleh kembali beraksi di atas pentas MLM2014. Sepahtu tak lengkap tanpa Jep. Diharap juga Shuib tak buat kejutan dengan membawa Mamat seandainya Jep masih belum pulih. Kata Jep tentang demam dengginya:-


jep sepahtu demam denggi
Sebenarnya, sebelum saya disahkan terkena jangkitan denggi, saya sudah pun mengalami demam selama empat hari. Mula-mula saya hanya fikir, itu cuma demam biasa dan buat tidak kisah sahaja.
Saya cuma makan ubat macam biasa dan tidak pergi mendapatkan pemeriksaan di hospital. Tetapi, ada rakan menasihatkan agar saya membuat pemeriksaan doktor kerana suhu badan pada waktu itu mencecah hingga 40.1 darjah Celsius.
Saya tidak tahu bagaimana mahu menyebut nama penyakit itu secara saintifik tetapi menurut doktor yang merawat saya, memang saya diserang demam denggi. Selepas menjalani pemeriksaan darah dan sebagainya, saya ambil cuti selama 10 hari dan berehat di kampung
jep sepahtu demam denggiWalaupun suhu badan Jep sudah kembali normal, namun tahap kecergasannya pelawak ini masih belum berada di tahap yang optimum. Tidak diketahui sama ada Jep akan beraksi atau Shuib sekali lagi akan tampil solo malam ini. Doakanlah yang terbaik but Jep dan Sepahtu. Sama-sama kita doakan agar Jep lekas pulih. Amin. Sumber Kosmo.
Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home

0 comments:

Post a Comment