Inilah Punca Sebenar Johan Tidak Sertai Maharaja Lawak Mega 2014


Sehubungan itu ramai tertanya-tanya mengapa pelawak dan penyampai radio ERA fm itu tidak bersama Jozan dalam MLM kali ini. Peminat kumpulan Jozan terutamanya, sangat kecewa apabila mengetahui pelawak kesayangan mereka itu tidak bersaing dengan pelawak lain di MLM2014. Sehingga timbul spekulasi yang mendakwa Jozan sudah berpecah, termasuk Johan cemburukan Zizan bersama Virus.

Bagaimanapun menerusi laporan Astro Gempak, Johan memberitahu dia tidak pernah berpecah dan tidak pernah berasa cemburu terhadap Zizan apabila sahabatnya itu bergabung dengan Yus dan Tauke menjadi ‘Virus’ dalam MLM 2014.

“Tidak menyertai MLM kali ini bukan bermakna Jozan berpecah, kami masih bersama jika Jozan diperlukan. Mengenai rasa cemburu apabila Zizan bersama Yus dan Tauke, perasaan itu tidak pernah wujud malah saya akan menyokong sahabat saya itu,” katanya yang baru sahaja dinobatkan juara Super Spontan 2014.

Johan dedah 3 sebab tak sertai Maharaja Lawak Mega 2014 – Johan atau nama sebenarnya Mohamad Yazid Lim Mohamad Aziz, 31, berkata ada dia ada alasan tersendiri mengapa tidak menyertai pertandingan realiti lawak itu pada tahun ini.

“Saya buat keputusan tak masuk MLM sebab mengambil kira faktor kesihatan dan komitmen kepada kerja dan keluarga. Julai lalu saya ada membuat pembedahan pada ligamen lutut dan memang doktor ada menasihatkan supaya saya tidak banyak bergerak. Alhamdulillah, saya dapat menghabiskan Super Spontan musim kali ini,” kata Johan.

Selain itu, Johan juga mahu memberikan sepenuh perhatian kepada isterinya, Ozlyn Wati kini sedang menunggu masa melahirkan anak keempat mereka. Bagaimanapun tambah Johan, dia akan tetap menjadi penonton setia dan memberi sokongan penuh kepada rakan-rakan di pentas MLM 2014.

“Ozlyn pun sekarang tunggu hari nak bersalin…Lagipun saya baru sahaja habis Super Spontan dan mahu berehat selain mahu membantu isteri bersama anak yang baru lahir nanti,” jelasnya.

MLM 2014 akan mula menemui peminat lawak negara November nanti dan masih mengekalkan pengacara berkalibernya, Datuk AC Mizal. Selain kumpulan Virus, peserta lain yang menyertai MLM 2014 ialah Sepahtu, Shiro, SYJ, Nabil dan ramai lagi. Oleh itu, jangan lupa nantikan MLM 2014 yang bakal bersiaran pada setiap Jumaat, jam 10 malam di saluran Astro Warna (132) dan Mustika HD (134).-ammboi
Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home

0 comments:

Post a Comment