Suami dan bapa lima anak, Fan Lung, 32, telah menggunakan telefon bimbit isterinya untuk menghantar e-mel ghairah kepada teman wanitanya, Zhang Hung, 21, dari rumahnya di bandar Shanghu, lapor Mirror.
Fan terlupa untuk log keluar dari akaun e-melnya, dan apabila isterinya, Feng, 30, meneliti telefon, dia menemui mesej yang telah dihantar lelaki itu.
Marah, Feng mengambil gunting dan memotong alat sulit suaminya sewaktu lelaki itu sedang tidur di bilik mereka.
Fan dibawa ke hospital di mana doktor berjaya menyambung semula alat sulitnya, namun Feng menyelinap masuk ke bilik hospital dan memotong alat sulit lelaki itu sekali lagi sebelum membuangnya keluar tingkap. Jurucakap hospital berkata:
Pertama kali kami sedar apa yang telah berlaku kerana seorang lelaki bogel dilihat sedang memukul seorang wanita di luar hospital.Mereka kemudiannya membawa pasangan itu ke hospital dan mendapati Feng telah memotong kembali alat sulit suaminya yang baru disambung semula.
Staf bergegas keluar untuk melihat apa yang telah berlaku dan mendapati darah mengalir di kaki lelaki itu.
Doktor dan polis berusaha mencari bahagian alat sulit yang telah dipotong di luar hospital, tetapi tidak berjaya. Mereka percaya ia mungkin sudah dibawa lari oleh haiwan jalanan.
Fan yang kehilangan banyak darah kini berada dalam keadaan stabil setelah menjalani pembedahan kecemasan tetapi berada dalam keadaan tertekan.
Namun begitu kekasih gelapnya tetap bercadang mengahwini Fan secepat mungkin. Katanya:
Tak kisahlah jika dia tidak subur lagi, dia dah ada lima anak.sumber
0 comments:
Post a Comment