Inilah Sebab-sebab Sebenar Siti Saerah Adik Dato Siti Dicerai Talak 3 !!!!
Masihkah anda ingat dengan gosip yang baru-baru ini kami sampaikan mengenai adik kepada penyanyi popular yang khabarnya akan bercerai?
Namun berita terkini yang berlegar di dunia hiburan tempatan nampaknya lebih hangat apabila artis terbabit iaitu Siti Saerah rupanya dikatakan telahpun bercerai talak tiga! Tiada sefahaman dikatakan menjadi punca penceraian itu...
Ketika dihubungi media, Siti Saerah bagaimanapun enggan mengulas soal itu kerana lebih selesa untuk tidak berkongsi apa apa buat masa ini...
"Saya minta maaf bukan saya tidak mahu (komen) tapi saya perlu menjaga hati banyak pihak. Saya minta maaf sangat-sangat," ujarnya melalui khidmat pesanan ringkas (SMS)kepada media...
Tambah Saerah, apa yang berlaku biarlah dia, Saiful dan Tuhan saja yang tahu. Mungkin jodoh mereka setakat itu saja. Dia perlu tabah dan reda dengan segala ketentuan Allah dan menyifatkan apa yang berlaku ada hikmahnya...
Untuk info, Saerah dan Saiful Anuar Ahmad Shafie berkahwin pada 27 Oktober 2010. Mereka telah dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Ummi Umairah, 3, Ahmad Daiyan, 2, dan terkini seorang bayi berusia 10 bulan iaitu Ahmad Aisy...
Apa yang menarik, dalam laman sosial Saerah, Siti Nurhaliza turut berkongsi kata-kata semangat dengan adiknya. Beliau meminta agar Saerah tabah menghadapi ujian...
"Allah SWT Maha Adil dan Bijaksana. Apa yang telah diaturkan pasti yang terbaik untuk umatNya dan pasti ada peringatan buat yang melaluinya...
"Buat @sairahtarudin, adikku bertabahlah dan teruslah berjalan berpandu pada Allah. Insyaallah semuanya tenang,” tulisnya ..
sumber
0 comments:
Post a Comment