Diceritakan dlm tazkirah oleh AlFadhil Ustaz Ahmad Dasuki bin Abdul Rani (anak sedara TGNA), bhw doktor telah bagi taklimat PD ahli2 keluarga trdekat dn telah memaklumkan yg TGNA telah diserang oleh kuman ke paru2 dan dah sampai ke otaknya juga menyebabkan otaknya bengkak. 
Doktor minta ahli keluarga brsiap mnghadapi sebarang kemungkinan. Beliau telah diberikan suntikan ubat pembunuh kuman (ubat yg paling kuat) oleh doktor yg merawatnya. 

Menurut doktor yg merawatnya ubat ini tidak boleh diberikan ketika seseorang tu sedar, utk menyuntik ubat tersebut perlu dibiuskan dulu kerana ia akan menyakitkan pesakit. Setelah pengsan barulah ubat boleh disuntik.
Sesuatu yg ajaibnya, walaupun setelah TGNA pengsan dan ubat dimasukkan (dah dua mlm beliau dipengsankan) TGNA apabila tepat jam 4 pg akan bangun bertahajjud (amalan yg tak pernah beliau tinggalkan sejak baligh) dan pengsan semula. 
Begitu juga apabila tiba waktu solat fardhu...الله أكبر. Lihatlah bagaimana Allah s.w.t menyayangi hambaNya. 
Dlm keadaan sakit yg sangat kritikal, tp masih membangunkan hambanya yg dikasihi utk mendengar zikirnya, rintihannya, rayuannya, doanya. Ya ALlah..Terpukul aku dengar ni. Kite yg sihat wal afiat ni apecite bro..
Menurut doktor yg merawatnya, kuman dan bengkak didalam otaknya telah hilang. Ini tak pernah berlaku kepada pesakit lain sebelum drp ini...

Kredit Kerabu Bersuara Group..

Inilah Makam / kubur Raja 'Abdullah.

Tak ada senjata tertembak ke langit, tak ada terompet dan nyanyian. Anda tak akan melihat ratapan dan suara gendang, tak pula rakyat yang ngalap berkah, tak pula seabrek bid'ah.

Tentu saja, dengan kekayaannya, sang raja sangat mampu membangun istana megah di kuburnya itu sebagai lambang keperkasaan, seperti kubur-kubur mewah di nusantara kita.








 Tetapi tidak, biarlah sang raja seperti rakyatnya di tempat dan tanah yang sama dan tak ada nama dan tulisan bahwa kuburnya adalah kuburan seorang raja.

Semua kuburan berbentuk dan berukuran sama. Tak ada pemakaman khusus. Semuanya sama disejajarkan dengan para rakyat jelatanya.


Sungguh, semuanya sunyi dari keharaman dan begitu sederhana untuk kuburan seorang pemimpin. Al-Fatihah Credit Photo AFP, Dailymail 

sumber


Baru-baru ini Neelofa ada memuatnaik satu gambar menunjukkan kepalanya dipegang oleh seorang Qari Faiz Uddin Hazarvi.Gambar tersebut mendapat komen panas dari peminat Neelofa.Namun bukan itu yang menarik perhatian kami.

Satu komen dari adik Neelofa dikenali sebagai Nur Ameera Mohd Nor dan baru berumur 14 tahun telah menarik minat kami.Ternyata komen tersebut mengejutkan kerana di sertakan dengan kata-kata kesat.Ameera seolah-olah berlagak dewasa dengan cuba menyokong tindakan akaknya dan memaki hamun peminat yang membuat provokasi.


Bagi kami itu sifat seorang adik yang mahu mempertahankan kakaknya namun sebagai seorang adik kepada 'Public Figure' sepatutnya dia perlu lebih berhati-hati dalam memberi komen.Namun mungkin ramai tidak kisah memandangkan Ameera masih di tingkatan 2 dan belum boleh mengawal emosi.

Gambar sebegini sepatutnya tidak elok dimuatnaik walaupun mungkin ia merupakan tujuan perubatan namun Neelofa perlu ingat bahawa  'Keyboard Warrior' bekerja 24 jam.

p/s: Komen tersebut telah dipadam

sumber



Dek kerana satu keping gambar yang dimuat naik oleh kakaknya di Instagram dikritik oleh pengikut, adik kepada Neelofa, Ameera mengamuk di Instagram.

Semuanya bermula dengan sekeping gambar yang memaparkan Maulana Qari Faiz Uddin Hazarvi memegang kepala Neloofa yang telah dimuat naik oleh Neelofa sendiri di akaun Instagam miliknya.

Menurut apa yang difahamkan, dek kerana tangan Maulana Qari memegang kepala Neelofa(seperti gambar diatas), segelintir pengikut Neelofa di Instagram mula menegur dengan mengeluarkan pendapat masing-masing.

Bengang dengan tindakan segelintir pihak mengkritik gambar kakaknya itu, Ameera tampil membalas kritikan-kritikan negatif tersebut dengan bahasa yang sedikit kasar.


Walau bagaimanapun, komen Ameera telah dibuang dari gambar terbabit. Selain itu, komen-komen yang mengkritik gambar tersebut juga turut tidak kelihatan dipercayai telah dibuang.

Ramai yang bersetuju dengan apa yang dilontarkan oleh Ameera tetapi ada juga yang menegur bahasa yang digunakan oleh Ameera dalam komennya. 

sumber- Siakapkeli.com.my


Penyanyi terkenal, Zamani Slam telah ditangkap pihak polis selepas terlibat dalam kes penyalahgunaan dadah jenis heroin baru-baru ini.

Rakan karib kepada Zamani Slam, Shah merangkap ahli dalam kumpulan Slam telah tampil mendedahkan perangai sebenar penyanyi terkenal itu.

“Dia punya adab dan sikap menghormati orang lain yang sangat tinggi dan sangat berhati-hati bila berbicara mengenai seseorang takut-takut tersalah kata walaupun di belakang orang itu,” katanya.

Pemilik nama Shah Nizam Bin Abdul Halim itu turut membuka perihal peribadi mulia rakannya, Zamani yang telah banyak mengajar dan pengubahnya menjadi seorang insan yang lebih baik.

Sumber : Katakcomel
Kat mana nak mula.. Shila menang 2nd place ajl29, sharnaz tweet tahniah , pastu shila dah siap wat lagu masih aku cinta tukar lirik ke tidak ku cinta. Klakar gila. Korang tepekla ig dia cepattt sapa yg pandai tuu... Dlam plan duk nak wat lagu untuk alyah plak. Wah mesti lagu edisi keciwa...



Plus, si anis alidrus mami nanaz mcm dah delete semua post yg ada nanaz. 
Korang rasa apakah semua ni? Ke meols salah siasat? Kalu salah siasat ampunkan meols. Kalu post dh ada silalah report mod.

Copy & paste dari Forum Cari






Terkini! Enam Foto Ina Naim Dan Keluarga Yang Pasti Mengejutkan.. “Ina Naim satu nama yang pernah menjadi sebutan suatu ketika dahulu, kali ini beliau sudah pun berumah tangga dan mempunyai 3 cahaya mata.

Bekas penyanyi Ina Naim kini tampil dengan imej purdah sejak empat bulan lalu selepas diminta suaminya yang juga penyanyi nasyid iaitu Mohd Suhaimi Saad. 33.

Ina atau nama sebenarnya Nordiana Md. Naim, 29, berkata, pada mulanya dia kurang selesa dengan imej itu tetapi selepas hampir empat bulan memakainya, dia sudah mula serasi dan tidak bermasalah dalam melakukan segala aktiviti harian. “Alhamdulillah saya sudah pun melalui fasa baharu dalam hidup sebagai umat Islam.

“Lagipun hukum berpurdah itu sunat dan apabila suami meminta saya untuk berubah imej, saya akur. Kiranya saya lakukan ini semua kerana Allah dan suami,” katanya kepada mStar Online ketika dihubungi pada Rabu. Tambah Ina, keputusannya untuk berpurdah juga bagi mengelak daripada difitnah individu yang tidak bertanggungjawab.

Mengenai perkembangan terbaharu, bekas tunang penyanyi Mawi ini menjadi suri rumah sepenuh masa dan bahagia dalam menjaga ketiga-tiga anaknya iaitu Ehmad Hadie Elfardi, 5, Sallman Elkhoyri, 3, dan Thyrosh Elfadwah yang berusia setahun.

“Buat masa ini saya hanya menjaga anak-anak dan menguruskan suami. Maklumlah mereka masih kecil, maka perlu diberi perhatian lebih “Bagaimanapun agak mengejutkan juga kerana saya masih menerima undangan membuat persembahan. Walaupun tidak seaktif dahulu, sekali sekala ada yang memanggil,” tuturnya.

Kata Ina undangan persembahan yang masih ditawarkan kepadanya membuatkan dia menyimpan hajat untuk kembali aktif menyanyi apabila anak-anaknya sudah dewasa kelak. “Kalau nak tahu, suami telah menyediakan beberapa lagu buat saya. Tinggal nak rakamkan sahaja.

“Insya-Allah jika tiada aral, saya akan muncul dengan lagu-lagu berunsur dakwah. Tak tahu bila, tetapi biarlah anak-anak besar sikit,” katanya. Ina pernah merakamkan sebuah album mini tidak lama dahulu yang turut memuatkan lagu Rebah, kisah mengenai kehancuran cintanya dengan Mawi. Ina dan Suhaimi diijabkabulkan sebagai pasangan suami-isteri pada 12 Ogos 2007.

Apapun kami berbangga dengan penghijrahan Ina Naim demi suami tercinta, doa kami agar beliau berbahagia bersama-sama anak-anak dan suami tersayang. 




 

 

KES penangkapan penyanyi Zamani yang terlibat dalam penyalahgunaan dadah baru-baru ini sememangnya menggemparkan industri hiburan.
Apatah lagi kontroversi yang timbul berhubung videonya yang sedang menyanyi lagu Gerimis Mengundang ketika di dalam lokap menjadi viral di media sosial hingga mengundang simpati rakyat Malaysia.
Sementara itu, tiba-tiba rakan Zamani yang juga merupakan salah seorang ahli kumpulan Slam tampil bercerita mengenai sikap terpuji penyanyi terkenal itu.
Shah selaku gitaris dalam kumpulan Slam.
Shah selaku gitaris dalam kumpulan Slam.
10917046_924003497622672_5220368574542334597_n (1)
Kenyataan Shah Slam yang dikongsi di hari Jumaat yang mulia hari ini di laman sosial, Facebooknya mencuri tumpuan pelbagai pihak khususnya para netizen.
“Dia punya adap & sikap menghormati orang lain yang sangat tinggi dan sangat berhati-hati bila berbicara mengenai seseorang takut-takut tersalah kata.. walaupun dibelakang orang itu.”
Menurut Shah Slam, meskipun ramai pihak yang mengetahui kes penglibatan Zamani dalam penyalahgunaan dadah itu namun tidak ramai yang mengetahui sikap dan peribadi sebenar vokalis kumpulan Slam itu.
Kumpulan Slam
Ahli kumpulan Slam.
Malah, Shah atau nama sebenarnya Shah Nizam Bin Abdul Halim turut membuka rahsia perihal peribadi mulia rakannya, Zamani yang telah banyak mengajar dan pengubahnya menjadi insan yang lebih baik.
Pada masa yang sama, rata-rata peminat kumpulan Slam meluahkan turut perasaan simpati dan berdoa agar penyanyi itu pulih dari menjadi penagih dadah seterusnya memilih untuk membuka lembaran hidup yang baru.
Sama-sama kita doakan. – MYNEWSHUB.CC

Terkejut beruk kami apabila bekas penyanyi kumpulan Ukays dan juga komposer terkenal, Saari Amri telah memuatnaik satu status yang cukup kontroversi.

Menurutnya, Datuk Siti Nurhaliza tahu punca sebenar Zamani jadi begini. Hmmmm. Banyak tanda tanya yang timbul dengan kenyataan di bawah ini. Tak pasal-pasal nama Siti Nurhaliza terpalit sekali.

Apa pun, dadah memang berbahaya dan merosakkan minda seseorang. Tak kiralah penyanyi ke, pelakon ke, selebriti ke. Kalau dah main dadah, memang sukar untuk lepaskan. 

Gian dia lain macam. Badan pun leh jadi kurus kering tinggal rangka. Tengoklah badan Zamani yang macam rangka. Kesian.


Sumber : Beautifulnara


Ketika pertemuan terakhir penyanyi Zamani Slam bersama pengurusnya, Johan Aziz itulah antara bait yang dilafazkan untuk kita semua di luar sini. Beliau sempat meminta maaf kepada pengurusnya itu selain menyampaikan salam buat semua.

“Sempat berjumpa dengan dia tadi dan teramat sedih. #Minta maaf abang Jo, kirim salam kepada semua abang Jo. Insyallah saya OK – dari Zamani,” tulis Johan Aziz di Facebook.

Dalam perkembangan terkini kes rakaman video Zamani Slam ketika dalam tahanan, Ketua Polis Selangor Datuk Abdul Samah Mat mengesahkan yang anggota polis yang merakam dan menyebarkan video tersebut sudah dikenal pasti.

“Siasatan dibuat mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan kertas siasatan akan disiapkan secepat mungkin untuk diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya”

“Selain itu, siasatan dalaman dari segi salah laku dan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) sedang dijalankan oleh Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kontinjen Selangor,”
 katanya menerusi kenyataan media hari ini.


Sumber : Viralberita



lihat wajah nya semakin berseri kan???
di samping beliau menggunakan produk nya....
kata nya wajah nya berseri sebab baru bernikah ...saksikan gambo MajlisPernikahanDatoVida...


























Kisah Benar Kehidupan Jep Sepah Sebelum Jadi Pelawak |  Mohd Nadzri Zainal Abidin atau Jep Sepah menceritakan keperitan hidupnya sebelum begelar pelawak satu ketika dahulu.

Menurut Jep, dia dan dua teman serumahnya yang juga merangkap anggota bersekutu kumpulan Sepah terpaksa mengikat perut demi menyara kehidupan pada awal waktu menjadi artis.

Segenggam duit syiling pernah menjadi bantuan saat akhir Jep ketika kelaparan sewaktu mula-mula melangkah masuk ke dalam arena seni lima tahun lalu.

Lawak hambar bersama dua anggota kumpulan Sepah ketika itu iaitu Shuib dan Mamat pula penawar paling mujarab mengubat rasa putus asa bergelar penghibur.

“Saya pernah hampir berputus asa, hati ini mahu saja pulang semula ke kampung di Kulai, Johor. Bagaimanapun, saya bangkit dan membulatkan tekad serta yakin bahawa Allah sentiasa ada bersama dan tiada perkara yang mustahil dilakukan dalam hidup,” kata Jep.

Dia yang ditemui wartawan kosmo sewaktu mencuri sedikit masanya yang sibuk dengan sesi rakaman program popular Karoot Komedia X musim kedua di Dewan Sri Putra, Bukit Jalil, Kuala Lumpur kemudian melanjutkan cerita.

“Ketika mula-mula bergelar artis kami tiada mentor untuk membuat rujukan atau meminta pertolongan. Sejujurnya kami terumbang-ambing dan pernah suatu ketika kami bertiga mengumpulkan saki-baki duit syiling yang ada untuk membeli nasi selepas seharian berlapar.

“Alhamdulillah, proses itu perlahan-lahan mendidik saya dan saya selesa dengan kedudukan sekarang. Saya tidak perlu terbang terlalu tinggi kerana takut terlupa cara mahu turun.”


Tambah Jep lagi, realitinya, permulaan Jep sebagai pelawak bertitik-tolak daripada rasa tercabar dengan teman-teman sekerja ketika bertugas sebagai krew di bahagian bagasi penerbangan tambang murah ketika awal usia 25 tahun.

“Takdir mungkin mengubah angin hidup saya. Saya tidak pernah terfikir atau memilih kerjaya sebagai pelawak, tapi jalan hidup saya berlaku secara kebetulan.

“Saya mahu jadi pemain bola sepak sebenarnya selepas tamat sekolah, tapi apabila gagal menyarung jersi pemain kebangsaan dan sasaran saya tidak tercapai, saya kecewa!,” ceritanya.

Dia kemudian memulakan sebuah kehidupan di Kuala Lumpur dengan bekerja sebagai pencuci mesin.

“Kerjaya saya di Kuala Lumpur bermula sebagai pencuci mesin selama tiga tahun sejak berumur 18 tahun di NSTP (The New Straits Times Press (Malaysia) Berhad). Kemudian saya berpindah ke syarikat penerbangan tambang murah selama tiga tahun sehingga saya dicabar oleh rakan-rakan untuk mencuba nasib dalam uji bakat Raja Lawak musim ketiga.

“Apabila ditawarkan menyertai Raja Lawak, saya dalam dilema sebenarnya. Keluarga tidak menentang, tapi ayah saya tidak menyokong,” ujar Jep menyusur kembali zon masa silamnya beberapa tahun ke belakang.

Berbicara mengenai keperitan sebagai pelawak kata juara Maharaja Lawak 2011 itu, dia berterima kasih kepada Astro Warna yang telah membekalkan platform khusus kepada pelawak yang sebelum ini hampir dipandang sepi.

Malah kata Jep, untuk berjaya dalam dunia pelawak, resipinya terletak intipati lawak setiap kali membuat persembahan.

“Pelawak boleh kekal lama asalkan lawak yang dibuat bukan pada fizikal semata-mata tapi juga dengan perkataan yang mengandungi unsur-unsur nasihat.

“Pengetahuan mengikut peredaran zaman adalah perlu dan kepelbagaian harus ada untuk melawak,” kongsi Jep.
Bagi yang tidak tahu pula, mari layan lima keping gambar Lisa Surihani di bawah menggayakan kelima-lima fesyen yang paling disukainya dan pasti sentiasa menggamit hati dan perasaan peminat di luar sana. Tak gitu?











Next PostNewer Posts Previous PostOlder Posts Home