Wajarkah Guru Cun Yang Menambat Hati Lelaki 1Malaysia Ini Dikritik Semata-mata Berkebaya Ke Sekolah?


Siapa ada dapat kiriman gambar ini di Whatsapp atau ada melihatnya di mana-mana laman internet?

Baru-baru ini gambar seorang wanita yang didakwa bekerja sebagai guru telah menjadi viral di persada internet. Apa yang menarik perhatian ramai adalah penampilan guru tersebut yang memang tak dapat dinafikan memang cantik menawan.

Tapi, apabila melihat komen para netizen tentang gambar yang turut dikongsi di Facebook PenMerah [dot] com ini, terkejut juga kami dengan komen para netizen.

Rata-ratanya marah dan menyatakan perasaan tidak berpuas hati dengan pemakaian guru tersebut.
















Ada juga yang suka dan memberi komen positif.



Seperti juga caption asal gambar tersebut, ramai juga yang menjadikan ianya bahan jenaka seperti ini.



Kami kurang pasti jika pakaian guru tersebut tidak menepati etika pemakaian guru di Malaysia.

Menurut seorang netizen yang memberi komen, walaupun baju kebangsaan dibenar dan digalakkan , tetapi bukan kebaya pendek.

Ini maklumat yang kami dapat dari sebuah blog.

 ETIKA PAKAIAN PEREMPUAN (Guru)
2.1 Baju kurung atau baju kurung moden atau kebaya labuh, atau kebarung atau jubah atau pakaian etnik masing-masing yang sesuai, kemas dan tidak menjolok mata.
2.2 Baju mestilah berlengan dan tidak sendat/ ketat serta tidak menunjukkan bentuk tubuh badan.
2.3 Seluar panjang yang bersesuaian,tidak sendat/ ketat dan hendaklah dipadankan dengan baju yang labuhnya melebihi paras punggung.
2.4 Skirt yang bersesuaian,tidak sendat/ ketat dan labuhnya hendaklah melebihi paras lutut.
2.5 Jeans, baju T sama ada berkolar atau tidak, dan seluar pendek tidak dibenarkan sama sekali.
2.6 Tudung kepala yang menutup sebahagian atau seluruh muka (berpurdah) tidak dibenarkan.
2.7 Selipar dan kasut sukan tidak dibenarkan dalam waktu pejabat.

Sejujurnya pada mata kami tidak ada apa yang salah pun pada pemakaian guru tersebut dari segi kesopanan.

Pendek kata tidaklah mencolok mata, nak dikatakan singkat pun tidak, nak dikatakan terlalu ketat pun tidak, tetapi mungkin aura baju kebaya itu sendiri yang memberi gambaran imej seksi kepada pemakainya.

Lagipun, rupa paras guru tersebut kalau diteliti memang cantik orangnya, mungkin juga ini faktor yang mempengaruhi perdebatan ini.

Apa pula pandangan anda? Salahkah guru bergaya dan berpenampilan cantik ketika bertugas? Atau memang benar pakaian guru ini tidak sesuai dan menyalahi etika?



Sumber
Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home

0 comments:

Post a Comment