Sepasang kekasih KANTOI projek dalam tandas sekolah

Kegiatan tidak bermoral sepasang kekasih yang juga pelajar tingkatan dua sekolah 
menengah di sini, yang melakukan hubungan seks di dalam tandas sekolah, 
terbongkar apabila perbuatan mereka disedari guru disiplin sekolah terbabit,
kelmarin.

Gambar Hiasan


Dalam kejadian pada kira-kira jam 10.30 pagi, pelajar masing-masing berusia 14 
tahun ditahan ketika berada dalam keadaan tidak terurus di dalam tandas sekolah 
berkenaan oleh guru disiplin yang kebetulan menyedari perbuatan mereka.

‘Menurut sumber, kejadian berlaku ketika waktu rehat apabila pelajar lelaki itu 
memanggil teman wanitanya ke tandas untuk melakukan hubungan seks.

“Secara kebetulan guru disiplin sekolah terbabit yang melakukan rondaan melakukan
 pemeriksaan di tandas berkenaan sebelum menemui pasangan pelajar itu.

“Hasil soal siasat, pelajar lelaki mengaku baru selesai melakukan seks dengan 
pelajar perempuan dan memaklumkan ia kali ketiga mereka melakukan hubungan
seks di dalam tandas sekolah berkenaan,” katanya.

Sumber berkata, pihak sekolah kemudian memaklumkan kejadian itu kepada bapa
pelajar perempuan sebelum membuat laporan polis. “Suspek ditahan dan ditahan 
reman di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tenom untuk siasatan lanjut,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Tenom Deputi Superintendan Mazlan Lazim 
ketika dihubungi, mengesahkan kejadian itu dan siasatan lanjut masih dijalankan, 
menurut sumber HMetro. Menurutnya, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen
376, Kanun Keseksaan atas kesalahan merogol. Harian Metro difahamkan, tandas
lelaki di tingkat tiga sekolah berkenaan jarang digunakan pelajar.
Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home

0 comments:

Post a Comment