NGERI !! PEMBUNUHAN KEJAM DI GEMENCHEH


TAMPIN: Empat beranak ditemui mati dalam keadaan ngeri termasuk seorang tanpa kepala dipercayai dibunuh di dua rumah berasingan yang terletak berdekatan di Kampung Batang Rokan, Gemencheh dekat sini, semalam.
Mangsa dikenali Atan Daud, 90, yang juga bekas imam masjid kampung berkenaan serta isterinya, Sofiah Keatas, 80, menantu pasangan warga emas itu, Ismail Awang, 76, dan anak Ismail, Siti Khadijah Ismail, 22.
Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Osman Salleh, berkata empat beranak itu dipercayai dibunuh kira-kira jam 10 pagi, tetapi kejadian berkenaan hanya disedari selepas seorang lagi anak Ismail, Siti Mariam, 18, pulang dari sekolah pada jam 3.30 petang.
Katanya, terdapat kesan tetakan dan tikaman pada semua mangsa dengan pisau tercacak pada dada Siti Khadijah, manakala Atan putus tangan kiri, Sofiah putus tangan kanan dan Ismail pula putus kepala.
“Polis menolak motif samun dan sedang menyiasat semua kemungkinan, termasuk perselisihan faham. Kes ini disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya dalam sidang akhbar di Balai Polis Gemencheh dekat sini, malam tadi.
Osman berkata, polis turut menemui sebilah pisau dan parang yang dipercayai digunakan dalam pembunuhan itu.
Sehubungan itu, katanya, polis sedang mencari cucu bekas imam itu, Rashidi Ismail, 34, bagi membantu siasatan.
Katanya, Rashidi menunggang motosikal Suzuki biru dengan nombor pendaftaran BAY 2805 dan meminta sesiapa yang mempunyai maklumat mengenainya supaya menghubungi mana-mana balai polis dengan segera.
Mayat semua mangsa dibawa ke Hospital Tuanku Ja’afar Seremban (HTJS) untuk dibedah siasat.
Sementara itu, seorang penduduk kampung yang enggan dikenali memberitahu dia antara terawal tiba di tempat kejadian selepas dimaklumkan Siti Mariam.
Rashidi Ismail
Katanya, Ismail sepatutnya mengambil Siti Mariam di sekolah, tetapi sehingga kira-kira jam 2 petang, Allahyarham tidak tiba seperti biasa.
“Siti Mariam kemudian menelefon bapanya dan kakaknya, Siti Khadijah, tetapi kedua-dua panggilan itu tidak dijawab.
“Dia kemudian pulang sendiri dengan menaiki bas dan apabila tiba di rumah, Siti Mariam mendapati kakaknya sudah tidak bernyawa dengan pisau tercacak di dada,” katanya.
Berikutan itu, Siti Mariam meluru ke rumah datuknya yang terletak hanya kira-kira 20 meter dari rumahnya, tetapi terkejut apabila menemui pasangan warga emas itu turut mati bergelimpangan.
“Pembunuhan Ismail pula disedari selepas penduduk menemui mayat tanpa kepala di rumah pasangan warga emas itu,” katanya.
Tinjauan Berita Harian mendapati kedua-dua rumah berkenaan terletak dalam satu kawasan berpagar dengan jarak kira-kira 20 meter.
Kedua-dua rumah itu juga terletak dalam kebun getah dan terpencil dari rumah lain dengan rumah terdekat kira-kira dua kilometer.
Kepala di Shah Alam
SHAH ALAM: Misteri kehilangan kepala seorang daripada mangsa pembunuhan kejam membabitkan empat sekeluarga di Kampung Batang Rokan, Gemencheh, Tampin, Negeri Sembilan, kelmarin, terjawab apabila polis menemui anggota badan manusia itu yang ditanam di sebuah tanah perkuburan dekat sini, tengah malam tadi.
Kerja penggalian sebuah lubang di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 21 di sini, dilakukan sepasukan anggota Unit Forensik, Polis Diraja Malaysia (PDRM) bermula jam 12.30 tengah malam dan berakhir 20 minit kemudian.
Timbalan Ketua Polis Daerah Shah Alam, Superintendan M Chandra, yang menyelia operasi penggalian itu, mengesahkan penemuan kepala seorang daripada mangsa pembunuhan kejam berkenaan.
“Ketika kerja penggalian, anggota forensik menemui satu plastik mengandungi kepala seorang lelaki dalam lubang yang digali kira-kira 2 kaki (0.6 meter) dalam kawasan tanah perkuburan ini,” katanya kepada pemberita sejurus operasi berakhir pada jam 12.50 tengah malam tadi.
Menurutnya, anggota badan manusia itu kemudian dihantar ke Gemencheh untuk siasatan lanjut.
Katanya, suspek yang berusia 34 tahun turut dihantar ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Negeri Sembilan sejurus kerja penggalian itu selesai dengan dipakaikan baju pasung.
Terdahulu, suspek membawa sepasukan polis ke satu lokasi sebelum menunjukkan tempat kepala mangsa yang juga bapa kandungnya, ditanam di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 21 kira-kira jam 9.45 malam.
Suspek dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam dari Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi, Kuala Lumpur, kira-kira jam 9.20 malam, sebelum bertolak ke tanah perkuburan berkenaan.
Anggota Unit Forensik yang tiba di lokasi sama kira-kira jam 11.40 malam, kemudian memulakan kerja menggali di lokasi yang ditunjukkan suspek.
Berdasarkan pemerhatian wartawan, jarak lokasi penggalian dari pintu masuk utama tanah perkuburan kira-kira 200 meter.
Suspek yang dilaporkan berperwatakan pendiam, ditahan ketika cuba menyerang seorang anggota polis bantuan berhampiran jejantas di Jalan Masjid India, Kuala Lumpur, pada jam 4.05 petang semalam.
Dia didakwa bertindak liar dengan mengeluarkan sebilah pisau lalu menyerang anggota polis berkenaan, sejurus menyedari anggota keselamatan itu mengawasi gerak-gerinya dengan membandingkan gambar yang diedarkan pihak berkuasa sebelum ini.
Ketika cuba diberkas, lelaki dikenali sebagai Rashidi mengamuk dan menyerang seorang anggota polis bantuan menyebabkan berlaku pergelutan antara kedua-dua mereka hampir 20 minit sebelum suspek berjaya ditumpaskan dan diberkas anggota pasukan keselamatan itu.
Suspek kemudian dibawa ke IPD Dang Wangi untuk siasatan lanjut dan akhirnya bersetuju membawa polis ke satu lokasi di Shah Alam untuk menunjukkan tempat dia menanam kepala bapa kandungnya yang dipenggal dalam kejadian pembunuhan kejam di Gemencheh, kira-kira 24 jam sebelum itu.
Dalam kejadian jam 3.30 petang kelmarin, mangsa Atan Daud, 90, yang juga bekas imam masjid kampung berkenaan, isterinya Sutiah Katas, 80, menantu pasangan itu, Ismail Awang, 76, dan cucu mereka, Siti Khadijah Ismail, 22, dibunuh dengan kejam dan mayat mereka ditemui berlumuran darah di dua rumah yang bersebelahan.
Mayat Atan, Sutiah dan Ismail ditemui adik Siti Khadijah yang baru pulang dari sekolah dalam keadaan terbaring di ruang tamu dalam rumah bekas imam berkenaan, manakala mayat Siti Khadijah ditemui di ruang tamu rumah bersebelahan.

TAMPIN: Polis menemui motosikal yang dinaiki cucu bekas imam yang mati dibunuh bersama tiga ahli keluarga lain, ditinggalkan berhampiran Perhentian Bas Tampin pada jam 3 pagi tadi.
Cucu bekas imam itu, Rashidi Ismail, 34, dicari polis bagi membantu siasatan pembunuhan datuk, nenek, bapa dan adiknya di dua rumah di Kampung Batang Rokan, Gemencheh dekat sini, semalam.
Mayat mangsa, Atan Daud, 90, yang juga bekas imam masjid kampung berkenaan serta isterinya, Sofiah Keatas, 80, menantu pasangan warga emas itu, Ismail Awang, 76, dan anak Ismail, Siti Khadijah Ismail, 22, ditemui mati dalam keadaan negeri.
Terdapat kesan tetakan dan tikaman pada semua mangsa dengan pisau tercacak pada dada Siti Khadijah, manakala Atan putus tangan kiri, Sofiah putus tangan kanan dan Ismail pula putus kepala.
Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Osman Salleh, berkata empat beranak itu dipercayai dibunuh kira-kira jam 10 pagi, tetapi kejadian berkenaan hanya disedari selepas seorang lagi anak Ismail, Siti Mariam, 18, pulang dari sekolah pada jam 3.30 petang.
* 5 Jan – Rasidi Ismail, 34, membunuh adik perempuan, bapa, datuk dan neneknya di kediaman keluarganya di Kampung Batang Rokan, Gemencheh, Negeri Sembilan.
– Mayat Atan Daud, 90, dan isterinya Sutiah Katas, 80, Ismail Awang, 76, dan Siti Khadijah Ismail, 22, ditemui sama ada dipenggal, ditikam atau anggota mereka putus dalam serangan ganas menggunakan parang.
– Rasidi memenggal kepala Ismail sebelum menanamnya di tanah perkuburan Islam Seksyen 21, Shah Alam.
* 7 Sept – Rasidi dibebaskan daripada pertuduhan membunuh empat anggota keluarganya setelah didapati tidak waras semasa melakukan perbuatan itu.
Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home

0 comments:

Post a Comment