SUNGGUH KECOH TADI !!! Kes liwat Anwar: Suasana riuh seketika di pekarangan Istana Kehakiman



PUTRAJAYA: Pekarangan Istana Kehakiman pagi ini riuh seketika selepas sekumpulan individu dipercayai penyokong Mohd Saiful Bukhari Azlan berkumpul berhampiran lokasi penyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Kira-kira 30 individu, sebahagian besar memakai baju merah itu memenuhi pekarangan bangunan Perbadanan Putrajaya, Presint 3.

Mereka melaungkan kata-kata antaranya "hidup rakyat" dan "hukum Anwar, hukum peliwat" sehingga wujud cabar mencabar antara kedua-kedua penyokong.

Bagaimanapun, tiada kekecohan dan provokasi melampau berlaku berikutan kawalan ketat oleh anggota polis yang mula berkawal di kawasan terbabit sejak 8 pagi tadi.

Sementara itu, di kawasan penyokong Anwar, sekitar 30 individu berkumpul sejak 8.30 pagi, jumlahnya jauh lebih kecil berbanding Selasa dan Rabu minggu lalu. Antara pemimpin pembangkang yang hadir, Ahli Parlimen Kuala Langat, Abdullah Sani.

Laluan sebelah arah di hadapan Istana Kehakiman juga ditutup sebagai langkah keselamatan, selain bagi memberi laluan kepada penganjuran Festival Kesenian Islam 2014 yang masih berlangsung.

Sementara, kawasan tepi Istana Kehakiman di sini dipasang pita kuning dan merah putih bagi menghalang penjaja berniaga di kawasan terbabit.
Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home

0 comments:

Post a Comment