Bukan senang hidup bermadu dan itulah hakikat yang tidak boleh dipertikaikan sama seperti yang dilalui oleh Ashraf Muslim. Menerusi sumber BHarian, Ashraf ada menceritakan mengenai asam garam kehidupan poligami sebagaimana yang sedang dilaluinya ketika ini.
Seperti yang kita maklum, Ashraf kini menerajui hidup sebagai suami kepada dua wanita, Dayana Lokman dan Wan Sakinah Ahmad Saburi. Lebih indah, menerusi perkahwinan keduanya dengan Sakinah, mereka dikurniakan bayi perempuan berusia tujuh bulan bernama Sarah Ashraf.
Sudah tentu Ashraf berdepan dengan tanggungjawab yang lebih besar. Yang ada seorang isteri ni pun dah macam-macam hal dan karenah kan. Dah ada lebih daripada seorang isteri, maka makin besar dan makin beratlah tanggungjawab yang harus dipikul. Paling penting kena berlaku adil. Tak boleh lebihkan isteri muda. Kena layan sama rata.
Luahan hati Ashraf Muslim – Kalau ada di antara ada yang berniat nak pasang satu lagi, mungkin boleh baca kata-kata Ashraf Muslim ini terlebih dahulu. Jangan fikir seronok je. Tanggungjawab mendidik sebagai ketua keluarga itu lebih penting dan harus diutamakan. Kata Ashraf Muslim:
“Kehidupan rumah tangga saya okey. Memang susah sebenarnya hidup bermadu ini. Sebagai ketua keluarga, saya kena didik dan jaga keharmonian, sekali gus mendidik isteri serta anak ke arah yang diredai. Pada masa sama, kami cuba membentuk akhlak yang baik. Nikmat bahagia itu Insya-Allah akan terus dirasai. Kena bijak biarpun bukan senang nak berlaku adil. Nak berlaku adil dari segi masa bukan perkara semudah lafaz A,B,C … kena bertoleransi. Ada masa untuk isteri pertama dan kedua, masa dengan diri sendiri lagi. Apa yang penting, kami saling hormat dan tahu tanggung jawab masing-masing. Saya sendiri punya visi yang besar dalam kehidupan ini termasuk dalam aspek rumah tangga. Insya-Allah.
Hmmm.. Macam mana? Niat nak tambah cawangan tetap akan diteruskan atau sudah beransur reda? Kalau mampu apa salahnya. Mampu tu biarlah dari segi ‘segala-galanya mampu’ maka dipersilakanlah.. hehe
0 comments:
Post a Comment