SINGAPURA - Tujuh ekor dugong berjaya dipindahkan ke 'rumah' baharu mamalia itu di Rimba Berair Amazon milik River Safari, kata Rizab Hidupan Liar Singapura (WRS) semalam.
Perpindahan secara besar-besaran itu melibatkan 20 pekerja Zoo Singapura dan pakar-pakar haiwan serta mengambil masa lebih dua hari untuk dilakukan.
Langkah tersebut melibatkan pemindahan seekor dugong betina berusia 21 tahun bernama Eva ke satu lokasi pameran yang empat kali ganda lebih besar berbanding tapak pameran sebelum ini di Zoo Singapura.
Memiliki berat 1,100 kilogram (kg), Eva merupakan dugong paling berat di taman berkenaan.
Ia tiba di zoo tersebut pada tahun 1994.
Eva dan 10 ekor dugong lain yang juga dikenali sebagai lembu laut akan ditempatkan di Rimba Berair Amazon. Pameran tersebut bertemakan hutan hujan Amazon.
Spesies mamalia besar itu menghabiskan masa enam hingga lapan jam sehari memakan tumbuhan akuatik dengan seekor dugong dewasa memakan antara 50 hingga 100kg rumpai air. - Agensi
Sumber: kosmo
0 comments:
Post a Comment